Iklan

Tuesday, March 29, 2011

Aku dan Al-Quran





Satu hari aku mendengar seorang ustaz bercerita;


Imam Abu Hanifah bertanya kepada salah seorang anak muridnya;
Berapa banyakkah ayat Al-quran yang kamu baca setiap hari?

Anak muridnya menjawab;
Setiap malam aku membaca satu Al-quran untuk menghabiskannya .

Imam Abu Hanifah;
Baiklah, selepas ini cuba bayangkan aku berada dihadapan kamu semasa membaca Al-quran.

Keesokkan harinya, anak muridnya memberitahu;
Hanya separuh Al-quran yang mampu aku membacanya.

Imam Abu Hanifah;
Baiklah, malam ini cuba kamu bayangkan Rasullullah pula yang berada dihadapan kamu semasa kamu membaca Al-quran.

Hari berikutnya, anak muridnya memberitahu;
Hanya separuh daripada suku ayat Al-quran yang mampu aku baca.

Imam Abu Hanifah menyuruhnya lagi;
Baiklah, malam ini cuba kamu bayangkan Allah S.W.T pula sedang mendengar kamu membacanya.

Anak muridnya memberitahu;
Hanya sedikit sahaja ayat Al-Quran yang mampu aku baca.


Selepas mendengar cerita itu, aku berfikir tentang diri sendiri;

Aku? Aku rase aku malu dengan diri sendiri kalau membacanya.
Apatah lagi kalau ada kawan-kawan, orang lain atau seorang ustaz yang biasa-biasa berada dihadapan.

Sedih.

No comments:

Post a Comment